Wednesday, August 21, 2019

Senang bagai dikata..

   Bukan senang nak jadi senang kalau tak tempuh dugaan dulu..
    Senang bak bagai dikata kalau tak merasa susah dahulu,belajar merasa pahit kalau mahu berakhir dengan kemanisan selamanya...

Tuesday, August 20, 2019

Ketagih...

  Ramai juga diantara kita tidak kira jenis lelaki atau perempuan muda mahupun berusia sangat gemari permainan alam  maya termasuklah saya sendiri.. 

   Sejak dari saya kecil sehinggalah dah 33 tahun ni memang games takkan pernah bosan untuk bermain..teringat masa kecil lagi abah saya belikan console nintendo pada tahun 1988 kalau tak silap baru usia 3 tahun dah pandai main games super mario...
    Macam nak gelak pun ada bila teringat kisah dulu.. Zaman sekarang sangat derastik perubahan permainan alam maya gambar sangat tinggi grafik nya sehingga 4k resolusi tak terjangkau mata melihat.. 
    Koleksi yang saya ade pada masa ni cuma PSP3000 ver,PSVITA,PS2 dan smartphone,coming soon PS4,Tablet & PC gaming.. 

Sekian sahaja blogging saya pada kali ini  sehingga berjumpa lagi pada hari lain.. 

Assalamulaikum.. 

Dalam sejarah..

Blogger saya adalah Dimana saya menceritakan tentang permainan Esport (Electronic sport) Infomasi dalam sejarah..

  Ramai diantara kalangan kita tidak kira apa jua bangsa mahupun seluruh dunia bermain permainan maya,permainan maya telah dicipta pada tahun 1947..

SEJARAH-
Permainan-permainan yang lalu menggunakan peranti elektronik interaktif yang menggunakan pelbagai format paparan. Contoh terawal ialah pada tahun 1947—sebuah "Peranti Hiburan Tiub Sinar Katod" (Cathode Ray Tube Amusement Device) difailkan bagi mendapatkan paten pada 25 Januari 1947 oleh Thomas T. Goldsmith Jr.dan Estle Ray Mann, dan diisukan pada 14 Disember 1948 sebagai U.S. Patent 2455992.

Diilhamkan oleh teknologi paparan radar, ia terdiri daripada peranti analog yang membolehkan pengguna untuk mengawal sebuah dot lukisan vektor di atas skrin untuk mensimulasikan sebuah peluru berpandu dilancarkan terhadap sasaran, yang dilukis di atas skrin.

Contoh awal yang lain termasuklah:

Komputer NIMROD di Festival of Britain

OXO, sebuah permainan komputer tic-tac-toe dicipta oleh Alexander S. Douglas untuk EDSAC pada tahun 1952

Tennis for Two, sebuah permainan interaktif direka oleh William Higinbotham pada tahun 1958

Spacewar!, karya pelajar-pelajar MIT iaitu Martin Graetz, Steve Russell dan Wayne Wiitanen menggunakan sebuah komputer DEC PDP-1 pada tahun 1961.