Tuesday, August 20, 2019

Dalam sejarah..

Blogger saya adalah Dimana saya menceritakan tentang permainan Esport (Electronic sport) Infomasi dalam sejarah..

  Ramai diantara kalangan kita tidak kira apa jua bangsa mahupun seluruh dunia bermain permainan maya,permainan maya telah dicipta pada tahun 1947..

SEJARAH-
Permainan-permainan yang lalu menggunakan peranti elektronik interaktif yang menggunakan pelbagai format paparan. Contoh terawal ialah pada tahun 1947—sebuah "Peranti Hiburan Tiub Sinar Katod" (Cathode Ray Tube Amusement Device) difailkan bagi mendapatkan paten pada 25 Januari 1947 oleh Thomas T. Goldsmith Jr.dan Estle Ray Mann, dan diisukan pada 14 Disember 1948 sebagai U.S. Patent 2455992.

Diilhamkan oleh teknologi paparan radar, ia terdiri daripada peranti analog yang membolehkan pengguna untuk mengawal sebuah dot lukisan vektor di atas skrin untuk mensimulasikan sebuah peluru berpandu dilancarkan terhadap sasaran, yang dilukis di atas skrin.

Contoh awal yang lain termasuklah:

Komputer NIMROD di Festival of Britain

OXO, sebuah permainan komputer tic-tac-toe dicipta oleh Alexander S. Douglas untuk EDSAC pada tahun 1952

Tennis for Two, sebuah permainan interaktif direka oleh William Higinbotham pada tahun 1958

Spacewar!, karya pelajar-pelajar MIT iaitu Martin Graetz, Steve Russell dan Wayne Wiitanen menggunakan sebuah komputer DEC PDP-1 pada tahun 1961.

No comments:

Post a Comment